RM18.00
7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat
Price RM18.00
Product SKU 978-967-13849-3-0
Brand Mohd Razali Kamarudin
Size (L x W x H) 14 cm x 1 cm x 21 cm
Availability 90
Quantity
Description

Ingin tahu bagaimana cara memahami dan mengingati makna bacaan dalam solat? Teknik bagaimana memahami dan mengingati makna bacaan dalam solat kini dibongkar oleh seorang pengamal teknik faham Arab al-Quran tanpa asas Bahasa Arab. Dengan izin Allah, segalanya ada di dalam buku ini. Anda akan ketahui bagaimana mudahnya : *Merancang hafalan makna bacaan dalam solat selama tujuh hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. *Memotivasi diri sendiri bagi menyahut cabaran tujuh hari ingat makna bacaan dalam solat. *Menghafal makna bacaan dalam solat. *Memanggil kembali (recall) makna bacaan dalam solat yang telah dihafal. *Memanfaatkan makna bacaan yang telah dihafal semasa bersolat. *Menambahbaik hafalan yang telah dilakukan. Buku ini bersifat dwiguna. Boleh digunakan bagi membantu diri sendiri memahami dan mengingati makna bacaan dalam solat dan boleh juga digunakan bagi membantu orang lain. Misalnya, ibu bapa boleh membantu anak-anak dan guru-guru boleh mambantu para pelajar serta trainer-trainer boleh menbantu para perserta program yang mereka kendalikan. -Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufli Wilayah Persekutuan. Buku ini seharusnya menjadi buku "wajib baca" untuk semua lapisan masyarakat yang ingin memperbaiki mutu solat dan seterusnya memurnikan setiap aspek kehidupan mereka. -Dato' Dr. Hj.Mohd Fadzilah Kamsah, Founder Fadzilah Kamsah Academy (FKA). Saya pasti akan menggunakan buku ini sebagai saranan langkah lanjutan kepada sesiapa sahaja yang menggunakan kaedah hafal kata dalam memahami Quran dan bacaan dalam solat. -Dr. Nadiyah Elias, Pensyarah UUM & Pengamal Teknik Faham Arab Al-Quran Kaedah Hafal Kata. Saya teruja! Ini bukan sekadar sebuah baku biasa. Ia merupakan satu projek yang bukan sahaja boleh diusahakan secara bersendirian, malah tentu seronok jika boleh dijadikan aktiviti bersama keluarga atau di dalam kumpulan, usrah dan sebagainya. - Bonda Nor, Pengasas Kaedah Membaca Ekspres-I dan Penulis Buku Best Seller Be Strong.

  • Author: Mohd Razali Kamarudin
  • Format: Paperback | 142 pages
  • Dimensions: 14 x 1 x 21 cm | 200g
  • Language: Bahasa Malaysia
  • ISBN:  978-967-13849-3-0